Tuesday, November 6, 2007

Tugas Guru

Assalamualaikum,

Sekadar untuk mencuba blogging walaupun ia dah agak lama tapi tak pernah terlintas nak buat blog. Jadi saya harap apa yang ada kat blog ini dapat memberi manfaat kepada yang membacanya.

Di sini saya senaraikan tugas guru. Walaupun nampak remeh, tapi jika di tanya kepada golongan pendidik itu sendiri, mungkin hanya guru tersebut hanya dapat memberikan sebahagian saja daripada apa yang sepatutnya. Tujuan saya bukan untuk mengajar, sekadar berkongsi apa yang saya tahu dan dapat dari sumber2 yang pelbagai.

Tugas guru yang ada di sini, saya susun berdasarkan tugasan yang lazim atau perlu dilakukan oleh seorang guru. Seseorang guru akan memegang beberapa jawatan baik di sekolah rendah atau menengah. Sekurang-kurangnya guru itu akan menjadi guru matapelajaran. Ada juga jawatan lain seperti guru media, penyelaras makmal komputer dan lain2.

Senarai tugas Guru Matapelajaran

1. Memiliki, memahami dan boleh menafsirkan serta menghuraikan kandungan sukatan pelajaran dan huraian matapelajaran yang berkenaan.

2. Memahami dan mematuhi Pekeliling2 dan arahan yang berkaitan dengan matapelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai, iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di akhir tiap penggal bagi setiap aliran.

3. Mempunyai Buku Rekod Mengajar yang kemakini dan menyerahkan kepada Pengetua/Guru Besar pada masa yang ditetapkan.

4. Menyediakan Rancangan Mengajar bagi matapelajaran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh setahun/sepenggal/seminggu/harian dan melaksanakannya mengikut Rancangan Pelajaran yang disediakan.

5. Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan pelajar dan memulangkannya secepat mungkin. Menyerahkan/menunjukkan buku latihan murid kepada Pengetua/Guru Besar atau wakilnya pada masa yang dikehendaki.

6. Menjalankan Ujian Bulanan atau yang sewaktu dengannya kepada pelajar. Merekodkan soalan-soalan dan keputusan ujian dalam Buku Rekod Mengajar.

7. Mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas pemulihan / bimbingan.

8. Menjadi ahli dalam Panitia Matapelajaran, menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan keputusan Mesyuarat Panitia.

9. Guru mata pelajaran harus menyedari dan menggunakan buku oanduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran / Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.

10. Memastikan keselamatan pelajar di makmal / bengkel KH / Makmal sains serta mengawasi penggunaan peralatan.

11. Menghadiri mesyuarat / taklimat mengenai matapelajaran yang berkenaan sama ada yang dikelolakan oleh KPM / JPN / PPD. Menyampaikan semula maklumat kepada gutu lain yang mengajar matapelajaran sama.

12. Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi matapelajaran bagi meninggikan lagi prestasi dalam P&P.

13. Melaporkan kepada Guru Kanan Matapelajaran tentang masalah P&P untuk tindakan seterusnya.

14. Menjaga keselamatan dan kebersihan ABM yang digunakan dan memastikan ABM digunakan secara meluas. Bertanggungjawab dalam menambahkan ABM bagi memperkayakan Pusat Sumber Sekolah.

15. Mengadakan sudut-sudut matapelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang diajar.

16. Membantu menguruskan bank soalan.

17. Menjalankan tugas serang kaunselor dan seorang guru disiplin.

18. Bekerja sebagai 'team player'